Purata 57 Kemalangan Libatkan Ambulans Setiap Tahun

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Secara purata 57 kemalangan melibatkan ambulans dicatat setiap tahun sejak lima tahun lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu pada Isnin.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jumlah itu termasuk kemalangan kecil yang tidak melibatkan kecederaan atau kematian.

"Statistik kemalangan ini adalah dari 137 buah hospital dan lebih 800 klinik kesihatan kelolaan kementerian di seluruh negara. Kini, terdapat 1,402 buah ambulans di seluruh hospital dan fasiliti kesihatan," katanya pada sesi soal jawab persidangan di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Mutallib (BN-Maran) yang mahu tahu bilangan kakitangan dan staf sokongan kementerian itu yang terlibat dalam kemalangan semasa menjalankan tugas dan langkah-langkah mengurangkan risiko itu.

Liow berkata ambulans yang dibekalkan mempunyai ciri keselamatan yang dimasukkan dalam spesifikasi kenderaan. "Sebelum diserahkan kepada hospital, pemeriksaan dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom dan Jabatan Kerja Raya untuk memastikan kenderaan selamat digunakan. Penyelenggaraan juga dilakukan secara berjadual," katanya.

Katanya pemandu diberikan latihan mengenai pemanduan berhemah yang mengandungi modul teori dan praktikal dan dipantau rapi oleh penolong pegawai perubatan kanan di peringkat hospital.

Mengenai pemandu ambulans pusat perubatan swasta, Liow berkata kementerian bekerjasama dengan pihak tersebut termasuk dengan St John's Ambulance dan Persatuan Bulan Sabit Merah.

"Daripada aspek latihan, itu tindakan masing-masing. Prosedur Operasi Standard telah diberi agar mereka dapat ikuti sistem latihan yang diberi oleh kerajaan.

"Kita sentiada berusaha meningkatkan keberkesanan khidmat ambulans termasuk response time, panggilan kecemasan 999 dan pusat koordinasi perubatan kecemasan untuk memberi khidmat lebih baik kepada perkhidmatan prahospital," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan