Pertukaran Tempat Bersidang Jadikan Parlimen Sedikit Kelam Kabut

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertukaran tempat persidangan Dewan Rakyat di bangunan sementara pada Isnin menjadikan keadaan di Parlimen sedikit kelam kabut tetapi masih terkawal.

Keadaan ruang legar dewan yang agak kecil berbanding dewan di bangunan utama Parlimen itu menyebabkan suasana sesak dan tidak teratur, malah beberapa anggota Dewan Rakyat yang masih tidak biasa dengan bangunan sementara itu kelihatan tercari-cari pintu untuk keluar dan masuk.

Warga media turut mengalami sedikit kesulitan memandangkan ruang menunggu media yang terhad dan kemudahan yang tidak mencukupi.

Keadaan itu menyebabkan kebanyakan warga media memilih untuk bekerja di bangunan lama.

Dewan baru yang terletak di belakang bangunan Parlimen itu sebelum ini menyediakan kemudahan riadah, kini dijadikan bangunan utama Parlimen untuk persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Pertukaran tempat persidangan itu berikutan kerja-kerja membaik pulih bangunan Parlimen. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan