Pendekatan Baru Akan Menentukan Masa Depan BN - Dr Chua Soi Lek

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyampaikan ucapan pada pembukaan Perhimpunan Agung MCA yang ke-58, di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, pagi Ahad. - Foto oleh CHAN TAK KONG
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyampaikan ucapan pada pembukaan Perhimpunan Agung MCA yang ke-58, di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, pagi Ahad. - Foto oleh CHAN TAK KONG

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyeru Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil satu lagi langkah besar ke hadapan dengan menawarkan kepada rakyat Malaysia pendekatan baru untuk masa hadapan iaitu pendekatan yang akan menjadi contoh kepada aspirasi dan harapan rakyat secara keseluruhannya.

Beliau berkata, polisi yang dibentuk selepas 1969 mestilah melalui satu proses perubahan bersesuaian dengan peredaran masa.

Ini kerana, katanya, dunia sendiri telah berubah.

"Oleh yang demikian, Datuk Seri, kepimpinan baru MCA ingin melihat pendekatan baru ini mendukung sebuah kerajaan yang membina yang berupaya menyatu padukan semua kaum di negara kita.

"Kita perlu sentiasa meneruskan langkah ke arah jalan tengah yang dapat mendekati generasi muda yang mungkin selama ini merasakan mereka telah dipinggirkan.

"Kita mahukan sebuah negara yang adil, demokratik, telus dan mewakili suara semua rakyat. Kita inginkan sebuah negara yang mengambil pendekatan tengah yang mana suara rakyat sentiasa didengari," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada pembukaan Perhimpunan Agung MCA yang ke-58, di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini pagi ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hadir merasmikan persidangan tersebut.

Para pemimpin-pemimpin dari parti-parti komponen BN turut hadir.

Sambil menyebut ini mungkin perhimpunann agung parti itu yang terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang, Dr Chua menegaskan, MCA mahukan sebuah kerajaan yang menjaga keperluan setiap rakyat - dari pendidikan, pekerjaan, keselamatan, perlindungan undang-undang sehinggalah kepada soal berhadapan dengan kesan dan impak daripada inflasi.

Dan dalam hubungan ini, katanya, perdana menteri telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi untuk memastikan negara menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"MCA ingin menyatakan rasa gembira di atas perubahan-perubahan yang telah Datuk Seri umumkan ketika menyampaikan amanat Hari Malaysia baru-baru ini iaitu untuk memansuhkan ISA dan Undang-Undang Darurat serta meliberalisasikan Akta Penerbitan dan Mesin Cetak.

"Datuk Seri telah mengambil satu tindakan yang diinginkan oleh rakyat iaitu sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri yang terdahulu. Ia memperlihatkan keberanian dan daya kepimpinan Datuk Seri yang tinggi," tegas Dr Chua.

Menurut beliau, ini hanya dapat dilakukan dengan keazaman politik yang tinggi dan MCA menyokong langkah ini seratus peratus.

Katanya, undang-undang, dasar, ideologi dan kepercayaan yang telah lapuk ditelan zaman dalam senario lanskap politik hari ini haruslah menerima perubahan yang sewajarnya.

Tambah beliau, jika perubahan tidak dilakukan atau sekurang-kurangnya disesuaikan dengan situasi semasa, ia hanya akan menjadi batu penghalang kepada kemajuan masyarakat dan negara.

Beliau menarik perhatian dengan mengimbau kembali bagaimana lima puluh empat tahun yang lalu, pemimpin dari dua buah parti politik iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock telah duduk semeja dengan Tun Sambanthan daripada MIC untuk merangka satu persetujuan yang menjanjikan para penduduk pelbagai kaum di negara ini hidup secara aman dalam sebuah Malaya yang merdeka.

Dan enam tahun selepas itu, Malaya telah berkembang menjadi Malaysia.

Ini, menurut Dr Chua adalah satu pendekatan baru ketika itu.

"Hari ini, rakyat memerlukan satu lagi pendekatan baru. Malaysia memerlukan pendekatan baru untuk masa depan.

"Pendekatan baru itu adalah satu pendekatan yang dapat memberikan setiap rakyat Malaysia, anak-anak mereka dan generasi selepas mereka satu keyakinan bahawa masa depan mereka adalah di negara ini.

"Hari ini, kita tidak mungkin akan dapat merumuskan satu formula baru untuk rakyat Malaysia tetapi marilah kita menanam satu keazaman untuk duduk bersama dan merangka satu pendekatan baru untuk masa depan,"tegas beliau lagi.

Namun begitu, kata Dr Chua, sebagai permulaan, biarlah beliau tegaskan bahawa pendekatan baru yang dimaksudkannya di sini tidak perlu dilihat sebagai satu percubaan untuk sama sekali mencabar atau menulis semula kontrak sosial sewaktu negara mencapai kemerdekaan dahulu.

"Saya sedar, akan ada beberapa kumpulan pendesak yang akan menyerang saya hanya kerana mencadangkan pendekatan baru ini. Tetapi marilah kita bersama-sama memberanikan diri untuk merangka suatu formula yang lebih sesuai dengan peredaran zaman dan untuk memenuhi aspirasi rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya lagi. Ini kerana, menurut presiden MCA itu, aspirasi generasi muda sekarang mungkin sudah berbeza dengan aspirasi generasi terdahulu.

Dan sebagai kerajaan yang memimpin negara ini, adalah menjadi tanggungjawab BN untuk merangka sesuatu dasar yang bersesuaian dengan kehendak dan keperluan generasi masa kini.

Mereka, katanya, mestilah diyakinkan bahawa aspirasi mereka akan dipenuhi dan BN perlu menjadi pemudahcara kepada aspirasi itu dan bukannya sebagai batu penghalang.

"Marilah kita bersama-sama memastikan agar bebanan masa lalu menjadi bebanan anak-anak dan cucu cicit kita selepas ini," katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan