Najib Tiada Halangan KTAR Dinaik Taraf Kepada Status Kolej Universiti

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA yang ke-58, di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, pagi Ahad. - Foto The Star oleh AZHAR MAHFOF
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA yang ke-58, di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini, pagi Ahad. - Foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah atau halangan dengan cadangan MCA untuk menaik taraf Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) kepada status kolej universiti sekiranya ia memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Atas hasrat MCA, kalau sekiranya KTAR cukup syarat untuk dinaik taraf kepada kolej universiti, saya tak ada halangan... atas semangat Barisan Nasional," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58 di Wisma MCA, di sini, Ahad.

Terdahulu, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam ucapan pembukaannya berkata parti itu sedang berurusan dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menaik taraf KTAR kepada status kolej universiti.

Beliau berkata KTAR akan terus menyumbang dalam melahirkan tenaga terlatih dan profesional untuk pembangunan negara.

KTAR adalah institusi pengajian tinggi milik MCA yang ditubuhkan pada 24 Februari 1969.

Ia mempunyai enam cawangan di seluruh negara dengan 30 ribu pelajar yang mengikuti pelbagai kursus dalam peringkat sijil dan diploma.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan