Najib Bentang Usul Pemansuhan Dua Akta Pada Isnin

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan dua usul pemansuhan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959 untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau berkata pemansuhan dua akta itu menunjukkan komitmen kerajaan untuk melakukan transformasi demi kemajuan negara secara serius.

“Esok (Isnin) saya sendiri akan bawa di Dewan Rakyat usul bacaan kali pertama untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959. Bacaan kali kedua ialah pada Rabu minggu depan.

“Jadi dengan ini, minggu pertama persidangan kita akan memberikan gambaran bahawa kita serius mengenai pembaharuan politik yang telah kita janjikan untuk negara,” katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58 di Wisma MCA, sini, Ahad.

Tambahnya, usul untuk pemansuhan akta-akta berkenaan bagaimanapun didasari perimbangan yang wajar dan betul terhadap hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketenteraman awam dan keselamatan negara secara menyeluruh.

“Prinsip yang kerajaan pegang mesti ada perimbangan yang betul, perimbangan antara hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketenteraman awam, harmoni atau keselamatan,” kata Najib.

Bagaimanapun, beliau menegaskan mereka yang mengacau keharmonian dan ketenteraman awam tetap tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Menerusi Perutusan Khas Hari Malaysia pada 15 September lalu, Najib mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 akan dimansuhkan dan diganti dengan dua undang-undang baru yang bersesuaian bagi memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Dalam perutusan itu juga, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 dan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan