MCA Sedia Tukar Kerusi Dengan Komponen BN - Soi Lek

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA sedia mempertimbangkan pertukaran kerusi dengan komponen parti Barisan Nasional (BN) dengan syarat calon yang dipertandingkan boleh memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata MCA juga tidak mahu mana-mana parti komponen dengan sengaja memohon pertukaran kerusi semata-mata untuk mendapatkan kerusi tambahan.

"Kami akan menyokong mana-mana parti komponen yang mempunyai peluang besar untuk menang," katanya kepada pemberita pada satu sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58 di sini, Ahad.

Terdahulu, dalam ucapan penggulungannya, Dr Chua berkata semangat yang baik di kalangan perwakilan pada perhimpunan ini dapat mewujudkan semangat bersatu padu menjelang pilihan raya akan datang.

"Buat kali pertama Perhimpunan Agung Tahunan MCA tiada seorang wakil yang menyentuh isu dalaman parti atau membuat tuduhan dan teguran terhadap pemimpin. Debat kali ini berkisar kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

"Suka tak suka, kebanyakan perwakilan berasa kecewa kerana sikap DAP yang sehingga hari ini tidak menyatakan pendiriannya terhadap PAS tentang hukum hudud.

"Kebanyakan perwakilan mahu DAP keluar daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Sementara itu, Dr Chua berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Pelajaran kerana memperuntukkan tanah bagi pembinaan sekolah Cina di Sungai Long dan Kajang Utama, dekat sini.

Beliau turut membidas kerajaan negeri Selangor kerana gagal memenuhi janji pembinaan sekolah Cina berbanding kerajaan BN yang telah memberi tujuh bidang tanah untuk pembinaan sekolah Cina di Selangor. "Mungkin Exco kerajaan negeri Selangor tidak tahu tanggungjawab dan bidang kuasa mereka atau mereka sengaja mencari publisiti," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan