Kerajaan Tolak Draf Pemansuhan Ordinan Darurat Dikemukakan Pembangkang

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Isnin menolak cadangan agar mengguna pakai draf pemansuhan Ordinan Darurat yang disediakan pembangkang supaya dapat dibentangkan pada sesi persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, pada peringkat ini kerajaan sedang melakukan kajian terpeinci berhubung pemansuhan Ordinan Darurat serta Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum usul mengenainya dibentang pada sesi persidangan Mac tahun depan.

"Jadual mengenainya akan kita umumkan kemudian sebab ada beberapa perkara akan kita lakukan.

"Ia termasuk bagi tujuan menggubal dua akta baru dan kita juga sedang melakukan proses rundingan dengan beberapa pihak mengenainyan," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan oleh Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai) pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat di sini.

Nurul Izzah sebelum itu mencadangkan kepada Perdana Menteri agar menggunakan deraf pemansuhan Ordinan Darurat yang disediakan ahli Parlimen pembangkang kerana mendakwa pihak Peguam Negara gagal menyediakan deraf berkenaan dalam masa yang singkat.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan