Kaunter JPN Kota Damansara Ditutup Mulai Rabu Hingga 21 Okt

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kota Damansara akan ditutup kepada orang ramai mulai Rabu ini sehingga 21 Oktober bagi beberapa kerja pembaikan.

Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, berkata operasi cawangan itu akan dibuka semula pada 24 Oktober ini.

Orang ramai di kawasan sekitar yang ingin berurusan dengan JPN diminta berbuat demikian di cawangan lain seperti JPN Selangor di Shah Alam, JPN daerah Kepong atau JPN daerah Petaling Jaya, kata kenyataan itu.

Pelanggan juga boleh hubungi talian 03-88808203/7077/7071/7067 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan