Dewan Rakyat Luluskan Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.

Usul berkenaan yang dikemukakan mengikut peraturan mesyuarat 81(1) dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata kerajaan tidak memberi jaminan bahawa pilihan raya umum ke-13 tidak akan diadakan sebelum jawatankuasa berkenaan selesai menjalankan tugas dalam tempoh enam bulan seperti yang ditetapkan.

Menurut beliau, keputusan untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan berada di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.

"Kita tidak boleh memberi jaminan bahawa pilihan raya tak akan diadakan dalam tempoh jawatankuasa ini sedang bersidang," katanya pada sesi pergulungan di Dewan Rakyat di sini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan pembangkang pada sesi perbahasan usul mengenai penubuhan jawatankuasa berkenaan.

Terdahulu, Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar memberi jaminan agar tidak mengadakan pilihan raya dalam tempoh enam bulan akan datang.

Katanya, Perdana Menteri seharusnya menunggu cadangan yang bakal dibuat oleh Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai bukti kerajaan bersungguh-sungguh mahu melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya sedia ada.

"Amat penting untuk Perdana Menteri tunggu sehingga jawatankuasa ini selesai jalankan tanggungjawab mereka.

"Lebih penting sekiranya jawatankuasa itu memberikan cadangan tertentu, kerajaan perlu melaksanakan penambahbaikan tersebut sebelum pilihan raya diadakan," katanya.

Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai sembilan wakil rakyat dengan lima daripadanya diwakili ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), pembangkang (tiga) dan bebas (satu).

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan