Chin Peng Hanya Jalani Pemeriksaan Kesihatan – Peguam

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng hanya menjalani rawatan susulan di sebuah hospital swasta di Bangkok dan bukannya berada dalam keadaan kritikal seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Khabar angin yang mendakwa beliau berada dalam keadaan tenat bermula selepas seorang rakyat Malaysia yang berada di hospital berkaan pada Jumaat melihat beliau melalui koridor Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pada Sabtu, media melaporkan saudara terdekat pemimpin komunis berkenaan dipetik sebagai berkata beliau berada dalam keadaan koma sebuah di hospital swasta di Thailand.

Menurut laporan berkenaan, saudara mara Chin Peng telah melawatnya di Bangkok sejak beliau dimasukkan ke hospital berkenaan sebulan yang lalu.

Ekoran penyiaran berita tersebut, Chin Peng telah menelefon peguamnya, Leong Cheok Keng menjelaskan berita sebenar mengenai kesihatannya.

Ternyata beliau berada dalam keadaan ceria dan sihat sekaligus menolak dakwaan beliau berada dalam keadaan tenat seperti yang dilaporkan.

“Chin Peng mahu saya memaklumkan kepada media, bahawa berita yang tersebar sebelum ini hanyalah khabar angin semata-mata. Beliau berada dalam keadaan ceria dan tidak mahu orang ramai bimbang akan kesihatan dirinya.

“Dia memberitahu saya, khabar angin tersebut mungkin bermula selepas seorang rakyat Malaysia terserempak dengannya di kawasan koridor ICU hospital berkenaan,” kata Leong.

Peguam yang berasal dari Ipoh itu berkata anak guamnya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada mereka yang menghantar ucapan serta mendoakan kesihatannya pulih seperti sediakala.

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak, kini tinggal di Bangkok selepas permohonan terakhirnya menerusi saluran undang-undang untuk menetap di Malaysia ditolak oleh mahkamah pada 2008.

Beliau dipercayai mempunyai saudara mara khususnya di Perak dan di Butterworth. Pada 1940, dia diterima untuk menyertai PKM dan ketika berumur 23 tahun, Chin Peng dilantik sebagai setiausaha agungnya.

Dalam satu temuramah bersama The Star pada 2009 Chin Peng juga menaruh harapan untuk mati di tempat kelahirannya, Setiawan di Perak.

Tetapi beliau berkata, jika harapannya itu tidak dapat dipenuhi, beliau ingin abu mayatnya dibawa balik untuk ditanam di samping kubur bapanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan