Bajet 2012 Dijangka Beri Manfaat Golongan Berpendapatan Rendah - Berita Semasa | mStar

Bajet 2012 Dijangka Beri Manfaat Golongan Berpendapatan Rendah

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bajet 2012 yang bakal dibentangkan Jumaat ini dijangka memberi faedah kepada golongan berpendapatan rendah menerusi beberapa pengumuman inisiatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, inisiatif yang bakal diumumkan kerajaan nanti selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan difisit fiskal negara.

"Langkah bagaimana yang akan kerajaan ambil akan diterangkan pada Jumaat ini sewaktu ucapan bajet 2012.

"Apa yang pasti, apa jua program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan.

"Strategi yang akan kita umumkan nanti juga telah mengambil kira kesulitan rakyat iaitu cara bagaimana kita mahu membantu dan melindungi mereka jika berlakunya kemerosotan ekonomi dunia termasuk kenaikan harga kos barangan," katanya pada sesi persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah yang diambil kerajaan untuk memperkukuhkan Malaysia akibat kemerosotan ekonomi dunia.

Selain itu menurut Najib, antara inisiatif yang bakal diumumkan bagi membantu golonagan berkenaan termasuk bantuan kewangan, subsidi, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan.

Tambah beliau, kerajaan juga dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor ekonomi global menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan inisiatif bagi menarik kemasukan pelabur asing.

"Pelaburan langsung asing negara telah meningkat kepada RM21.2 bilion pada tempoh Januari hingga Jun tahun ini berbanding RM12.1 bilion bagi tempoh yang sama pada 2010.

"Ini jelas menunjukkan strategi kerajaan bagi menggalakkan pelaburan sama ada domestik dan asing serta mengurangkan impak dunia luar kepada ekonomi negara sudah berjaya," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan