Agong Titah Bidang Penyelidikan Pertahanan Dikembangkan

Diterbitkan: Isnin, 3 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah penyelidikan dalam bidang pertahanan dan keselamatan negara perlu terus berkembang demi menjamin keharmonian negara.

"Kita juga mempunyai potensi untuk meneroka bidang-bidang baru dalam teknologi persenjataan dan pertahanan yang potensinya amat besar," titah Seri Paduka pada konvokesyen Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini, Ahad.

Isu pemerdagangan manusia turut menarik perhatian Tuanku Mizan, yang berharap penyelidik tempatan mencari penyelesaian kepada masalah itu.

Selain itu, Tuanku Mizan bertitah Kementerian Pengajian Tinggi diharap meningkatkan prasarana di UPNM sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah universiti bertaraf antarabangsa.

Sementara itu, 407 pegawai kadet yang menamatkan pengajian selama empat hingga lima tahun dalam pelbagai bidang ditauliahkan pada majlis itu.

Pertauliahan itu melayakkan mereka berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada majlis itu, Tuanku Mizan menyampaikan anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Keselamatan Dalam Negeri) kepada Tun Mohammed Hanif Omar yang menjadi Ketua Polis Negara termuda ketika berusia 35 tahun dan berkhidmat selama 20 tahun dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Bagi saya, berkhidmat dalam pasukan tentera dan polis adalah bidang kerjaya yang mulia dan dihormati. Kerjaya ini bukan untuk mendapat kesenangan atau kekayaan sebaliknya berbakti kepada negara tercinta ini," kata Hanif, 72, dalam ucapan beliau.

Selain itu, Ijazah Kehormat Sarjana Peperangan Menentang Pengganas dianugerahkan kepada Kapten Hamid Awang, 63, kerana ketokohan dan keberanian beliau dalam menentang pengganas komunis.

Beliau merupakan satu-satunya pegawai ATM yang menerima anugerah Pingat Seri Pahlawan Negara yang masih hidup dan masih aktif dalam aktiviti kebajikan dan sukarelawan terutama dalam Persatuan Bekas Tentera. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan