Ong Tee Keat Tidak Relevan Kepada MCA - Dr Chua

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyifatkan bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai tidak lagi relevan kepada parti itu.

Ini kerana katanya, Ong mempunyai peluang untuk membuat perubahan dalam parti ketika meneraju MCA selama 17 bulan, namun tidak melakukan apa-apa.

"Apa yang beliau lakukan hanya menghukum dan memecat mereka yang menentang beliau," katanya pada sidang media selepas perasmian Perhimpunan Agung ke-58 MCA, di sini, Ahad.

Dr Chua berkata sepanjang era Ong, MCA mengadakan dua mesyuarat agung luar biasa (EGM) berbanding hanya lima yang diadakan sepanjang 62 sejarah parti itu.

"Mungkin apa yang beliau maksudkan kita tidak mengadakan EGM, maka sebab itulah kita tidak relevan," kata Dr Chua dengan nada sinis.

Beliau mengulas kenyataan Ong yang dilapor berkata MCA akan hilang relevannya dalam Barisan Nasional (BN) jika parti itu tidak menyahut gesaan supaya berubah, selepas kalah 25 daripada 40 kerusi parlimen dan 59 daripada 90 kerusi dewan undangan negeri yang ditandingi pada pilihan raya umum 2008.

Mengulas lanjut, Dr Chua juga secara terbuka meminta Anggota Parlimen kawasan Pandan itu agar tidak bertanding sebagai calon MCA bagi mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, Dr Chua juga berkata Ong tidak wajar berkhidmat kepada rakyat di bawah tiket MCA jika beliau tidak lagi yakin dengan parti itu.

"Terpulang kepada kebijaksanaan beliau untuk mentafsirkan kenyataan saya ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan