MCA Ulangi Pendirian Tak Akan Terima Sebarang Jawatan Dalam K'jaan

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MCA pada Ahad mengulangi ketegasan mereka bahawa parti itu tidak akan menerima atau mengambil sebarang pelantikan di dalam kerajaan sekiranya prestasi parti itu tidak memperlihatkan peningkatan berbanding pilihan raya 2008.

Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, tindakan ini sebenarnya adalah semata-mata untuk menghormati suara pengundi iaitu MCA tidak boleh terus menerus menjadi suara kerajaan sekiranya mereka tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat.

Keputusan ini, katanya, tidak harus dipandang sebagai satu ugutan tetapi sebaliknya perlu dilihat sebagai menghormati hasrat pengundi.

"Jika seandainya wujud ‘ugutan’ sekali pun, ia harus dilihat kepada parti dan anggota-anggota parti bukannya para pengundi.

"Adalah diharapkan, keputusan ini akan mewujudkan kesedaran yang lebih meluas betapa pentingnya anggota-anggota parti semua bersatu untuk memastikan kemenangan MCA pada pilihan raya akan datang kerana masa depan dan kewujudan parti ini adalah di tangan ahli-ahli sepenuhnya," tegas beliau ketika berucap pada Perhimpunan Agung MCA yang ke-58 di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini.

Beliau menyampaikan ucapannya itu yang mengambil masa hampir 45 minit sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, kata beliau, BN perlulah sedar bahawa sekiranya Kerajaan tidak dapat berfungsi memenuhi harapan masyarakat Cina, ini juga bermakna sokongan untuk MCA tidak akan diperolehi dan dengan itu menafikan perwakilan MCA di dalam kerajaan.

Dan jika ini berlaku katanya, adalah sesuatu yang tidak kelihatan sihat di dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia ini, Kerajaan Pusat hanya diwakili oleh satu kaum tertentu sahaja.

"Sebuah Kerajaan yang kukuh mestilah mendapat sokongan daripada semua kaum bukannya satu dua kaum sahaja.

"Perikatan dibentuk atas prinsip-prinsip perkongsian kuasa dan semangat serta prinsip ini terus didokong melalui BN. Perkongsian kuasa bermakna menghormati suara antara satu sama lain.

"Tidak ada satu komuniti pun yang seharusnya merasakan mereka lebih berkuasa dan lebih tinggi daripada komuniti yang lain. Jika ini berlaku, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan prinsip perkongsian kuasa sebagaimana yang telah dirintis dengan susah payah oleh generasi yang terdahulu daripada kita," ujarnya.

Malaysia, kata Dr Chua sebenarnya dirahmati dengan masyarakat yang pelbilang kaum.

Dan dalam sebuah negara yang pelbagai kaum, tidak ada satu bangsa atau kaum pun yang akan memperolehi apa yang mereka inginkan dan tidak ada kaum yang akan dinafikan apa yang mereka minta.

"Apa yang kita minta dan inginkan ialah untuk berkongsi kejayaan bersama. Seandainya kemenangan DAP boleh menjamin bahawa segala masalah yang dihadapi oleh masyarakat Cina akan selesai maka MCA tidak akan berasa cemburu atau iri hati di atas kejayaan DAP itu.

"Tetapi DAP telah memprojekkan diri mereka sebagai ‘political superman’ yang mampu menyelesaikan semua isu yang berhadapan dengan masyarakat Cina.

"Namun begitu, prestasi PR di semua negeri yang mereka kuasai membuktikan bahawa di dalam politik tidak ada ‘superman', katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada lebih seribu perwakilan yang menghadiri persidangan tersebut.

Menurut Dr Chua, MCA tidak menafikan bahawa mereka mempunyai sejarah silam yang tidak cemerlang tetapi generasi kepimpinan MCA hari ini wajar diberi peluang untuk membuktikan keupayaan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan