Kerja Sama Boleh Tapi Bukan Sertai BN - Presiden Kita

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita)boleh bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam hal tertentu, tetapi tidak akan menyertai parti tersebut.

Presidennya, Datuk Mohd Zaid Ibrahim berkata, Kita boleh bekerjasama dengan sebarang parti, asalkan untuk rakyat.

"Walaupun Kita tidak pernah ditawarkan menyertai BN tetapi yang penting kita boleh bekerjasama dengan BN atau mana-mana parti lain untuk rakyat kecuali pada pilihan raya dan perkara yang menyentuh dasar.

"Apa pun, Kita tidak akan menyertai komponen BN yang sudah besar jika ditawar sekalipun," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di kediamannya, di sini malam tadi.

Mohd Zaid berkata, Kita juga sudah bersedia menyertai pilihan raya umum walaupun belum menyiapkan senarai calon yang akan bertanding.

Beliau berharap calon mereka akan dapat diterima baik terutama di Kelantan, bagi memberi ruang membetulkan kesilapan PAS yang gagal membangunkan negeri itu sejak mentadbir pada 1990.

"Kita mahu melonjakkan kembali ekonomi Kelantan agar negeri ini kembali kukuh seperti dahulu dengan soal-soal rakyat seperti masalah air dan pekerjaan diberi keutamaan," katanya.

Menyentuh soal hudud yang masih dicanangkan PAS Kelantan, Mohd Zaid meminta parti itu agar menumpukan perkara yang lebih mustahak daripada mahu melaksanakan hukum hudud yang diyakininya tidak akan dapat dilaksanakan sama sekali.

Beliau berkata, PAS menimbulkan kembali soal hudud itu demi menarik semula sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya mahu melaksanakan hukum berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan