Kepercayaan Rakyat Paling Penting Untuk Hadapi PRU - Najib

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata perkara yang paling penting dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang adalah untuk mengukuhkan kepercayaan rakyat terhadap Barisan Nasional dan kerajaan.

Beliau berkata, rakyat perlu dimaklumkan sama ada untuk mempercayai janji-janji pembangkang atau komitmen kerajaan untuk memaju dan memakmurkan negara.

“Saya tidak janji bulan, bintang atau galaksi tapi saya janji Malaysia akan terus maju dan makmur di bawah (pimpinan) BN.

Katanya, harapan dan masa depan rakyat hanya akan terjamin sekirannya kerajaan terus diberikan mandat dan kepercayaan pada PRU akan datang untuk terus menerajui negara.

“Kita akan beritahu pada rakyat Malaysia bahawa kita akan bekerja bertungkus-lumus dan mendengar harapan dan kehendak rakyat.

“Kita akan bertindak sebaik-baiknya bagi memastikan BN berjaya dalam PRU yang akan datang,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh para perwakilan dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung ke-58 MCA di Wisma MCA, di sini, Ahad.

Najib juga berkata, dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukan parti, semua ahli komponen BN diseru agar bersatu dan menyokong sesiapa sahaja calon yang bertanding tanpa mengira parti komponen calon pada demi kejayaan parti.

Najib berkata, asas penting itu sudah menjadi pegangan sejak dari era Parti Perikatan lagi.

“Setiap kali ada pilihan raya setiap ahli BN wajib menyokong siapa juga calon yang bertanding tanpa mengira parti komponen yang diwakilinya,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan