28,000 Orang Kedah Dikesan Berisiko Serangan Jantung

Diterbitkan: Ahad, 2 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seramai 28,000 orang berusia seawal 20-an dikesan berisiko menghadapi sakit jantung hasil ujian saringan yang dijalankan oleh Klinik Kesihatan di Kedah sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Marzuki Md Isa berkata antara simptom awal yang dikesan di kalangan mereka yang menjalani ujian tersebut ialah masalah obesiti, kencing manis dan darah tinggi.

"Simptom ini disebabkan pemakanan tidak sihat, tabiat merokok dan kurang melakukan aktiviti fizikal, banyak membabitkan golongan lelaki yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat tersebut.

"Saluran darah ke jantung mereka semakin mengecil lalu mengakibatkan sakit dada dan sesak nafas," Dr Marzuki pada sidang media sempena sambutan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri di sini, Ahad.

Menurutnya golongan wanita yang meninggal dunia akibat penyakit jantung bagaimanapun lebih tinggi berbanding lelaki kerana mereka tidak menyedari mengidap masalah penyakit jantung pada peringkat awal.

"Kaum lelaki membuat pemeriksaan awal di hospital sebaik mengalami sakit dada, sesak nafas dan sebagainya adalah lebih ramai berbanding wanita yang tidak mengendahkanya kerana menganggap ia adalah penyakit biasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan