Tiada Sekolah Tamil Di Kedah Yang Akan Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Masyarakat India di Kedah diseru supaya jangan mudah mempercayai kenyataan palsu sekumpulan pihak yang kini aktif menyebarkan khabar angin dengan mendakwa beberapa buah sekolah rendah Tamil di negeri ini akan ditutup.

Pengerusi Perhubungan MIC Kedah S.Ananthan berkata ada pula pihak yang kononnya telah menemui Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Muda di Sungai Petani menyerahkan protes dan memorandum mereka.

"Tiada sebuah pun sekolah Tamil yang telah ditutup malahan yang sedia ada pula kini mendapat peruntukan untuk membina bangunan tambahan yang baru selain beberapa sekolah pula mendapat biaya untuk kerja-kerja penyenggaraan dan baik pulih lagi", katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Ananthan bersama Penyelaras Barisan Nasonal (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kulim, Chua Teong Ghee melawat ke tapak pembinaan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Sungai Ular di sini.

Beliau berkata sejak 2009 sehingga kini sebanyak 18 buah sekolah jenis kebangsaan Tamil di Kedah mendapat bantuan kerajaan sebanyak RM31.49 juta untuk pembinaan bangunan baru menggantikan bangunan lama yang tidak sesuai lagi untuk menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat.

Menurut Anathan di daerah Kulim sahaja, tujuh buah sekolah mendapat bangunan baru iaitu SJKT Kulim, SJKT Padang Meha, SJKT Victoria, SJKT Ladang Sungai Ular, SJKT Ladang Wellesly, SJKT Henrietta dan SJKT Paya Besar.

Katanya, kerajaan juga mengeluarkan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk 22 buah sekolah Tamil di negeri ini untuk kerja-kerja menaik taraf selain daripada pembinaan bangunan baru itu.

"Di samping itu juga kerajaan persekutuan turut mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM2.2juta bagi pembelian perabot baru serta peralatan di 13 buah sekolah sama di Kedah.

Sementara itu, pembinaan SJKT Ladang Sungai Ular setinggi tiga tingkat berharga RM2 juta dijangka siap pada April 2012.

"Sekolah ini merupakan yang kedua besar di daerah ini yang mempunyai pelajar seramai 210 orang dan dengan adanya bangunan baru ini ia akan memberi keselesaan kepada pelajar untuk menuntut ilmu," katanya.

Ananthan memberitahu SJKT Paya Besar adalah sebuah sekolah baru yang di bina di kawasan Paya Besar, Lunas dengan kos RM8.61 juta dan kedudukannya berhampiran sebuah sekolah menengah dan sekolah kebangsaan di situ. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan