Polis Terus Pastikan Keselamatan Negara Terpelihara - Ismail

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar berkata polis sentiasa berusaha menurunkan kadar jenayah demi memastikan keselamatan rakyat dan keamanan negara terus terbela tanpa melibatkan kepentingan politik mana-mana pihak.

"Kadar jenayah turun di negeri termasuk Johor, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Sarawak, Kelantan kerana, yang pertama, kehadiran polis; yang kedua sebab penglibatan orang ramai dalam usaha mencegah jenayah," katanya kepada pemberita selepas perasmian Hari Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dataran Merdeka di sini, Sabtu.

Ia disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Keamanan di negara masih terpelihara dan negara luar pun telah menjadikan Malaysia contoh. Saya juga telah dipanggil oleh pihak negara luar untuk bercakap tentang keamanan di Malaysia," jelas Ismail.

Menyentuh pendekatan pencegahan jenayah melalui laman sosial Facebook dan Twitter PDRM, Ismail berkata ia membolehkan polis berkongsi dan menyampaikan maklumat secara terus kepada orang awam.

"Selain menggunakan kaedah kehadiran polis secara bersemuka, kita tidak mahu ketinggalan menggunakan pendekatan moden dalam menjalin hubungan baik dengan masyarakat.

"Kita mahu cegah...dan untuk cegah jenayah, salah satu kaedahnya adalah laman sosial kita, sebab itu saya menggalakkan setiap polis negeri dan Bukit Aman memulakan akaun Facebook dan Twitter," kata Ismail. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan