Polis Kedah Saran Tubuh Skuad Rondaan Keselamatan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah menyarankan agar Skuad Rondaan Keselamatan MCA (CRSM) ditubuhkan di semua daerah di negeri ini bagi membantu polis membanteras jenayah sekaligus mengurangkan kadar indeks jenayah.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata sejak ditubuhkan Januari lepas di tiga daerah iaitu Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim, CRSM mempunyai 1,020 anggota yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bergerak secara sukarela untuk membantu polis.

"Kita berharap agar skuad itu dapat ditubuhkan di semua daerah di Kedah bagi membantu pihak polis dalam membanteras jenayah terutamanya di kawasan yang kurang mendapat liputan daripada pihak polis," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penubuhan Skuad CRSM Alor Setar di Star Walk, di sini, Sabtu.

Beliau juga berharap agar individu, wakil rakyat atau ahli perniagaan tampil membantu menyalurkan bantuan kewangan bagi menubuhkan skuad itu di daerah-daerah lain khususnya di Kubang Pasu dan Langkawi.

"Jenayah bermula daripada masyarakat dan sekiranya masyarakat ambil berat tentang jenayah seperti menyertai SCRM, secara tidak langsung jenayah akan dapat dikurangkan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan