MCA Cadang Kerajaan Beri Subsidi, RM100 Kepada Golongan Berpendatan Rendah

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA mencadangkan lima usul kepada kerajaan dalam usaha membangunkan ekonomi dan melaksanakan dasar yang mengutamakan kepentingan serta kesejahteraan rakyat.

Ketuanya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata usul yang pertama ialah kementerian dan jabatan kerajaan perlu melaksanakan langkah berhemat serta menerokai lebih banyak sumber pendapatan selain menguruskan kewangan dan sumber negara dengan baik dan berkesan, terutama pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Syarikat GLC tidak harus hanya mementingkan pasaran domestik, sebaliknya berusaha menerokai pasaran antarabangsa yang lebih besar.

"Mereka juga tidak harus bersaing dengan pengusaha industri kecil dan sederhana atau peniaga tempatan," katanya dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA Kebangsaan ke-47 di sini, Sabtu.

Menggariskan tindakan kedua, Dr Wee yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata negara tidak harus membabi buta mencontohi negara lain, sebaliknya mesti berani meneroka jalan sendiri dalam menentukan hala tuju pembangunan.

Sebagai langkah ketiga, beliau mencadangkan kerajaan agar membantu golongan belia berkecimpung dalam bidang perniagaan dan menggalakkan mereka melibatkan diri dalam bidang penyelidikan serta penciptaan perusahaan baru.

"Kerajaan hendaklah memberi bantuan kewangan untuk menggalakkan golongan belia yang kreatif menukar imaginasi mereka menjadi sesuatu yang produktif," katanya, sambil menambah lebih banyak peluang pekerjaan perlu diberikan kepada graduan baru atau penganggur.

Selaras dengan dasar mengutamakan kepentingan rakyat, Pemuda MCA mencadangkan kerajaan menggunakan keuntungan Petronas untuk membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah, terutama sebelum sesi persekolahan bermula tahun depan. "Saya mencadangkan kepada kerajaan agar memberi subsidi RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah untuk membeli pakaian dan peralatan persekolahan supaya beban kehidupan rakyat dapat diringankan," katanya.

Langkah terakhir melibatkan cadangan supaya kerajaan membina lebih banyak rumah berharga antara RM150,000 dan RM200,000 dalam Skim Rumah Pertama.

"Ia harus dibina di tempat strategik, misalnya berhampiran stesen MY Rapid Transit (MRT) di bawah Pelan Greater Kuala Lumpur bagi memudahkan bakal penghuni," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan