Kempen 'Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13' Sebagai Tekanan Agar Kerajaan Segera Laksana Tuntutan Bersih

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang melancarkan kempen 'Tunaikan 8 Tuntutan, Barulah PRU-13' pada malam Jumaat mengakui kempen ini adalah untuk memberi tekanan kepada kerajaan agar menunaikan lapan tuntutan mereka dengan segera.

Pengerusi Bersih Datuk S.Ambiga berkata, tuntutan tersebut penting dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sebagai tanda wujudnya reformasi dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

"Jika kerajaan benar-benar mendengar suara rakyat, lapan tuntutan itu perlu ditunaikan dahulu sebelum PRU-13.

"Tuntutan ini juga penting jika kerajaan benar-benar mahu negara ini sebagai sebuah negara demokrasi terbaik," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kempen tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor - Kuala Lumpur.

Ambiga berkata, selain melaksanakan lapan tuntutan, pilihan raya juga tidak harus diadakan selagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) selesai melakukan tugas penambahbaikan sistem pilihan raya sedia ada.

"Apa yang merisaukan kita sekarang tiada kepastian bahawa saranan daripada JPKP itu nanti dapat diimplementasikan sebelum PRU-13 nanti.

"Apa gunanya penubuhan JPKP jika kerajaan tak boleh jamin perkara ini," katanya lagi.

Tambahnya, jawatankuasa yang terdiri daripada ahli parlimen kerajaan, pembangkang dan bebas itu perlu diberi peluang dan tempoh yang secukupnya bagi melakukan tugas-tugas dalam memastikan pilihan raya akan datang diadakan secara adil, bersih dan telus.

Mengulas tentang kempen yang baru dilancarkan itu, Ambiga berkata ia merupakan lanjutan daripada Perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu.

Pada peringkat permulaan, kempen ini akan dijalankan di sekitar Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Perlis dan disusuli negeri-negeri lain.

"Kempen yang diadakan ini lebih berbentuk ceramah dan menyampaikan mesej tentang tuntutan Bersih kepada rakyat.

"Rakyat perlu faham tentang lapan tuntutan ini dan mengapa ia harus dilaksanakan," katanya.

Lapan tuntutan Bersih itu termasuklah membersihkan senarai pengundi, memperbaharui sistem undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh minimum berkempen 21 hari, akses media yang telus dan adil, memperkukuhkan institusi awam dan menghentikan rasuah serta politik kotor.

Bercakap pada sidang media kemudian, Ambiga menegaskan bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU akan datang.

"Saya tak berminat dalam politik. Minat saya hanya dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan memperjuangkan hak rakyat," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan