Ibu Zahid Hamidi Meninggal Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Tuminah Abdul Jalil, ibu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, meninggal dunia pada 1.40 pagi Sabtu kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung.

Jenazah Allahyarhamah Tuminah, 81, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat di sini tengah hari, Sabtu.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Raden Hamidi Abdul Fatah, 87, dan sembilan anak.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad Zahid, yang merupakan anak sulung, berkata beliau dan seluruh anggota keluarganya reda dengan pemergian ibunya yang terlantar sakit sejak empat tahun lepas.

Beliau berkata sebelum ini, ibunya mendapat rawatan di Hospital Angkatan Tentera Terendak, Melaka dan dibawa pulang ke rumahnya di sini sejak awal Syawal lepas.

"Ibu saya seorang yang penyayang, lemah lembut dan banyak memberi galakan dan nasihat kepada anak-anak," katanya.

Panglima Tentera Udara Tan Sri Rodzali Daud, Panglima Tentera Laut Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Datuk Abdul Hadi Awang Kechil antara yang menziarahi jenazah. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan