Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan - Majlis Peguam

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam pada Jumaat meminta semua pihak supaya menghentikan retrotik masing-masing mengenai pelaksanaan hukum Hudud dengan menyatakan ia tidak boleh dilaksanakan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan rangka kerja perundangan negara ketika ini.

Presidennya Lim Chee Wee berkata hukum Hudud, yakni undang-undang keseksaaan, tertakluk di bawah bidang kuasa Parlimen.

"Undang-undang seperti sedia ada tidak membenarkan pelaksanaan Hudud oleh negeri-negeri. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan negeri menggubal undang-undang mewujudkan peruntukan kesalahan seseorang keluar Islam, yang bertentangan dengan prinsip Islam dan hukuman berkaitan," katanya dalam kenyataan.

Lim berkata kesalahan-kesalahan itu tidak boleh termasuk perkara dalam lingkungan bidang kuasa kerajaan pusat.

"Oleh itu, tidak boleh ada replikasi sebarang kesalahan dalam lingkungan undang-undang persekutuan dengan tahap hukuman yang berbeza hanya bagi orang Islam," katanya. "Malah, undang-undang ini jika digubal seharusnya konsisten dengan kebebasan fundamental yang dijamin kepada semua warga negara termasuk orang Islam di bawah Bahagian II Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Lim berkata hukum Hudud, jika dilaksanakan di Malaysia, hanya untuk orang Islam dan tidak untuk bukan-Islam menunjukkan ia bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan.

"Ia akan mengakibatkan prosedur bercapah, peraturan keterangan dan hukuman berhubung kesalahan jenayah diaplikasikan kepada orang Islam berbanding bukan Islam.

"Seorang Islam juga akan terdedah kepada dua bentuk pendakwaan atau sabitan kesalahan berbeza - satu di bawah Hudud dan satu lagi di bawah Kanun Keseksaan, bercanggah dengan Artikel 7(2) Perlembagaan Persekutuan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan