16 Pelajar Malaysia Di Madinah Jalani Latihan Praktikal Sukarelawan

Diterbitkan: Sabtu, 1 Oktober 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MADINAH: Sekumpulan 16 pelajar Universiti Islam Madinah dari Malaysia menjalani latihan praktikal untuk menjadi sukarelawan yang akan membantu jemaah haji dalam menunaikan ibadah ziarah di tempat suci dan bersejarah di sini, Jumaat.

Dalam latihan yang dibimbing oleh seorang pelajar akhir Fakulti Syariah universiti itu, Mohammad Asshik Abu Hanifah, kumpulan berkenaan bersama petugas media Tabung Haji dibawa melawat tempat bersejarah dan diberi penerangan mengenainya.

Muhammad Asshik, 26, yang melakukan kerja sukarelawan membimbing, atau dikenali sebagai muzawir, sejak lima tahun itu berkata, latihan praktikal bertujuan membolehkan pelajar universiti itu mengendalikan program ziarah jemaah dengan lebih cekap.

Beliau berkata, kerja sukarelawan dilaksanakan sejak berbelas tahun lamanya sebelum ini dengan kerjasama Tabung Haji, namun kali ini ia dimantapkan lagi dengan sukarelawan berkenaan diberikan latihan praktikal untuk menambah kecekapan mereka.

"Latihan praktikal kepada sukarelawan ini baru dimulakan tahun lalu, supaya pelajar ini lebih cekap dalam melaksanakan tugas mereka," katanya kepada media Tabung Haji di sini semasa membawa kumpulan berkenaan ke beberapa tempat bersejarah di sini.

Muhammad Asshik berkata, latihan praktikal itu juga dijalankan supaya perjalanan program ziarah di bawah pemantauan Tabung Haji itu berjalan dengan lebih tersusun, mengikut modul yang ditetapkan oleh Tabung Haji sendiri.

Pelajar yang berasal dari Temerloh, Pahang itu berkata, banyak yang perlu dipelajari oleh sukarelawan itu dalam mengendalikan jemaah dan ia bukanlah satu tugas yang mudah, namun perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Antara yang dilawati kumpulan itu ialah Masjid Quba, ladang kurma, Bukit Uhud, Masjid Kiblatin dan Masjid Tujuh. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan