'Tempoh Pertimbangan' Untuk Daftar Kenderaan Pengangkutan Awam, Perdagangan

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengusaha kenderaan pengangkutan awam dan perdagangan yang ingin membuat pendaftaran semula selepas gagal berbuat demikian akan diberikan 'tempoh pertimbangan' sehingga 31 Disember ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata tempoh pertimbangan itu diberikan bagi mengelak lesen pengusaha terbatal terus dan untuk itu, SPAD akan mengenakan bayaran maksimum sehingga RM50 mengikut jenis kenderaan.

Beliau berkata bagi tempoh pendaftaran yang berakhir pada Jumaat, sebanyak 63,700 iaitu 70 peratus daripada 91,000 pengusaha membuat pendaftaran semula, manakala 254,000 iaitu 70 peratus daripada 363,000 kenderaan berdaftar semula.

"SPAD akan menimbangkan kes-kes tersebut sebelum permohonan mereka diterima.

"SPAD akan mengeluarkan lesen baru di bawah Akta PAD 2010 mulai Januari, 2012 dan adalah penting untuk semua pengusaha mendaftar semula agar SPAD dapat mengeluarkan lesen baru ini tepat pada masanya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Syed Hamid berkata penguasa yang ingin membuat pendaftaran semula perlu mengisi borang khas yang boleh dimuat turun daripada laman www.spad.gov.my atau mendapatkannya daripada mana-mana pejabat wilayah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan