Najib Lancar Van Serbaguna SHEB

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat melancarkan van serbaguna Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno pada majlis yang berlangsung di ibu pejabat Umno di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Najib, yang juga Presiden Umno, turut masuk ke dalam van untuk melihat pelbagai peralatan dan kemudahan canggih yang disediakan bagi kemudahan masyarakat bandar.

Beliau kemudian menurunkan tandatangan pada badan van serbaguna yang mempunyai pelbagai fungsi termasuk sebagai klinik, bilik gerakan pilihan raya, pusat internet, pentas ceramah khas dan pusat temu duga.

Ia turut berfungsi sebagai medium untuk mempromosikan Barisan Nasional dan mendekatkan gagasan itu dengan masyarakat.

Yang turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Najib selepas itu mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat Umno.

Terdahulu, Perdana Menteri menunaikan solat Jumaat di surau Jumaat Ar-Rahman, PWTC. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan