Najib Alu-alukan Tindakan Guan Eng Mohon Maaf

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengalu-alukan tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, memohon maaf di atas kenyataannya memburuk-burukkan negeri Johor, baru-baru ini.

Beliau berkata tindakan itu juga menunjukkan Lim telah mengakui kesalahannya yang terlajak kata selain akur kerana bukti rakaman percakapannya itu telah diperolehi.

"Kita sudah ada recording (rakaman) dan perkara ini amat sukarlah bagi dia nak menafikan, kalau dia boleh nafikan dia takkan minta maaf," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Jumaat.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata banyak telah mendesak Lim supaya memohon maaf termasuk Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Timblan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Maknanya dia telah terimalah kesilapan dalam hal ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan