Lebih 400 Ribu Guru Harap Penambahbaikan Laluan Kerjaya

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 430,000 guru sekolah berharap kerajaan akan memberi penambahbaikan laluan kerjaya mereka terutama bagi guru bukan siswazah.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres) Jemale Paiman berkata peruntukan anggaran belanja mengurus perjawatan perlu dikaji semula agar bersesuaian dengan jumlah bilangan guru sedang berkhidmat yang harus mendidik hampir 5.5 juta murid.

"Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyegerakan penstrukturan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah bagi menggambarkan keseimbangan perjawatan," katanya pada Mesyuarat Dwitahunan Kongres ke-15 di sini, Jumaat.

Jemale berkata guru bukan siswazah yang baru tamat pengajian hanya dilantik kepada gred DG41 jika dibandingkan dengan Kementerian Kesihatan atau Pejabat Kastam yang sudah melaksanakannya terus kepada gred DG42.

"Kesatuan meminta KPM menambah Cuti Rehat Khas yang diperuntukkan kepada guru di sekolah dari tujuh hari setahun kepada 20 hari setahun, bagi memberi peluang kepada guru di sekolah menikmati anugerah 'Golden Handshake' apabila bersara daripada perkhidmatan," katanya.

Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli kesatuan telah membincangkan masalah-masalah dihadapi dan mendapat persetujuan ahli persatuan bagi mengemukakan cadangan kepada KPM.

"Kami juga meminta KPM menawarkan gred pelantikan jawatan yang lebih tinggi kepada guru-guru yang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan