KKLW Utamakan Pendidikan Prasekolah Di Luar Bandar - Shafie

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yakin isu pembangunan modal insan di peringkat usia muda di kawasan luar bandar dapat diatasi melalui Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) prasekolah.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata ini berdasarkan kesungguhan kerajaan meningkatkan tahap pendidikan di luar bandar menerusi penubuhan 9,816 kelas prasekolah dengan 9,825 guru membabitkan 215,834 kanak-kanak.

"Kerajaan memahami keperluan masyarakat luar bandar dalam mendapatkan pendidikan awal di peringkat prasekolah kerana mereka tidak ada pilihan seperti mana ibu bapa di bandar yang mempunyai banyak kemudahan prasekolah," katanya berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang warga Kemas Sarawak, di sini, Jumaat.

Beliau berkata masyarakat pedalaman di Sabah dan Sarawak juga tidak dipinggirkan daripada NKRA prasekolah yang merangkumi tempoh tiga tahun sehingga 2012 itu.

Mengenai prasarana asas luar bandar seperti jalan raya, bekalan air bersih, bekalan elektrik dan perumahan KKLW katanya telah diperuntukkan RM16 bilion untuk menyediakan kemudahan itu di kawasan berkenaan.

Katanya daripada jumlah tersebut, sebanyak RM5 bilion diperuntukkan kepada Sabah dan Sarawak untuk pembinaan kira-kira 1,500 kilometer jalan raya. "Bukan mudah untuk menyediakan prasarana seperti jalan raya seperti di Ba'Kalalan di Sarawak kerana kita terpaksa mendapatkan khidmat daripada agensi kerajaan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia," katanya.

Seramai 82 anggota Kemas Sarawak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada majlis tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan