Jalan Ditutup Sempena Sambutan Hari Terbuka PDRM

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup kepada pengguna jalan raya sempena Hari Terbuka Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2011, Sabtu ini.

PDRM dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini, mengumumkan penutupan jalan sekitar Dataran Merdeka bermula pada 12 tengah malam esok hingga 12 tengah malam Sabtu ini.

Menurut PDRM penutupan melibatkan Jalan Kinabalu/susur Bukit Aman, Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin, Jalan Raja/Jalan Hishamuddin, dan Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin.

Jalan lain yang ditutup ialah Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Razak, Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen, Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut, Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan dan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja.

Sementara itu bagi acara konvoi berbasikal, penutupan jalan di kedua-dua hala akan dibuat secara berperingkat bermula pada pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.

Penutupan akan bermula dari Padang Merbok dan melibatkan Jalan Sultan Salehuddin, Bulatan Dato Onn, Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Kinabalu, Bulatan Sultan Mohamad, Jalan Syed Putra, Jalan Damansara, Jalan Mahameru, Wisma Tani dan berakhir di Jalan Raja (Dataran Merdeka).

Pengguna jalan raya diminta memberikan kerjasama dengan merancang perjalanan atau mencari jalan alternatif, mematuhi arahan dan tidak melakukan halangan lalu lintas seperti meletak kenderaan di bahu jalan, kata kenyataan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan