Finas Tidak Sekat Karya Seni Mana-mana Pihak Atau Individu

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) tidak akan menyekat usaha mana-mana pihak atau individu untuk mengeluar dan menggunakan dana mereka sendiri dalam menghasilkan karya seni mereka.

Ketua Pengarahnya, Mohd Naguib Razak berkata Finas tidak sama sekali mempunyai hak untuk berbuat demikian kerana usaha dan inisiatif penerbitan filem ini adalah hasil kerjaya kreatif seseorang.

"Ia tidak melibatkan Finas atau Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dan tidak harus di prejudis oleh mana-mana pihak. Finas melihat filem Nasi Lemak 2.0 telah diberi pandangan prejudis disebabkan pembikinannya pernah mencetuskan kontroversi besar sebelum ini.

"Akibatnya filem baru ini, yang ingin mempromosikan perpaduan dan memupuk semangat 1Malaysia telah menerima tempiasnya," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Sewajarnya pandangan prejudis harus dipisahkan kerana filem Nasi Lemak 2.0 ini tidak ada kena mengena dengan kontroversi sebelum ini.

Tegas beliau Finas bukanlah pihak yang berkuasa dalam meluluskan soal tapisan dan tayangan ini kerana tanggungjawab itu berada di bawah Lembaga Penapisan Filem (LPF) di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Finas ingin menyeru kepada semua pihak untuk bertindak rasional dan berfikiran ke hadapan, apa jua tuduhan kepada KPKK mahupun Finas secara langsung atau tidak langsung berkait filem Nasi Lemak 2.0 tidak berbangkit sama sekali," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan