Celcom Akan Sediakan "Penjejak Pendaki" Bagi Pendaki Gunung Kinabalu

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Celcom Axiata Berhad kini menawarkan para pendaki Gunung Kinabalu penyelesaian "Penjejak Pendaki", bagi memastikan mereka selamat dan tenteram semasa mendaki puncak tertinggi di Malaysia itu.

Sambil menyambut baik langkah Celcom itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata peranti itu akan memastikan pendakian mereka menyeronokkan dan selamat.

"Bukan itu sahaja. Para pendaki boleh turut membuat panggilan suara, panggilan video dan mengakses data pada rangkaian Celcom yang kukuh dan stabil sambil mendaki Gunung Kinabalu," katanya semasa berucap pada majlis penyampaian cek Penajaan Celcom bagi "Climbaton Antarabangsa Gunung Kinabalu ke-25 2011 di sini, Jumaat.

Bersempena majlis itu, Celcom telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada Peranti Penjejakan Celcom bagi Gunung Kinabalu dengan rakan perniagaannya, Xtend Services Sdn.Bhd dan Taman Sabah.

Ketiga-tiga pihak itu akan bekerjasama untuk meneroka kemungkinan penggunaan peranti penjejakan itu bagi para pelawat ke Taman Sabah, terutama sekali para pendaki Gunung Kinabalu.

Sementara itu, Climbaton Antarabangsa Gunung Kinabalu dipuji sebagai "Perlumbaan Gunung paling Mencabar Di Dunia" di mana para peserta mendaki turun dan naik 21 km Gunung Kinabalu yang setinggi 4,095 meter. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan