BN Turunkan Calon Diterima Rakyat, Mampu Menang

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Barisan Nasional (BN) akan menurunkan calon boleh menang dan diterima pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, kedua-dua kriteria itu merupakan pertimbangan asas dalam pemilihan calon yang ditentukan BN.

Ekoran itu, beliau berkata, wujud keperluan untuk mengekalkan calon berpengalaman dan menggantikan pemimpin yang perlu ditukar dengan muka-muka baru.

"Ia bukan perkara baru. Kita sudah lakukan perubahan setiap kali pada pilihan raya. Cuma jumlah calon itu agak berbeza," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia di sini, Jumaat.

Menurut beliau, calon yang diturunkan BN kelak akan terdiri daripada gabungan orang muda dan pemimpin berpengalaman selepas menerima maklum balas daripada rakyat.

"Kalau kita letak calon, walaupun dia ketua bahagian tapi kalah sebab rakyat tidak suka, dia tak boleh kekal sebagai calon. Ada segelintir pihak sudah jemu dengan calon lama," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, akan ada kesimbangan antara calon-calon muda yang bertenaga, layak, penyayang, berpengalaman dan berguna kepada parti.

"Kalau kita letak calon lama ada masalah juga, begitu juga kalau semua calon baru. Semua parti politik melalui perkara sama," ujarnya.

Mengulas mengenai calon lama yang akan diganti, Muhyiddin berkata, mereka akan menguruskan perkara itu dengan cara baik.

"Biasanya kita akan duduk berbincang...beri penjelasan. Mereka juga akan dimaklumkan sebelum pilihan raya. Jadi mereka tidak harus mementingkan diri sendiri, sudah tiba masanya mereka berkorban kepada parti," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan