136 Mangsa Pemerdagangan Manusia Berjaya Diselamatkan

Diterbitkan: Jumaat, 30 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 136 mangsa jenayah pemerdagangan manusia diselamatkan menerusi 73 tangkapan individu yang terlibat dalam 53 kes sejak Januari hingga Ogos lepas.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam dalam satu kenyataan hari ini berkata mangsa pemerdagangan itu kini ditempatkan di seluruh negara - 71 daripadanya lelaki, 40 wanita, 15 kanak-kanak perempuan dan 10 kanak-kanak lelaki.

"Pecahan mengikut kewarganegaraan mencatatkan Myanmar adalah rekod paling tinggi iaitu 41 mangsa, diikuti Pakistan 38, Indonesia 27, India 10, Malaysia 8, Filipina 4, Thailand 3, Vietnam dan Kemboja masing-masing dua mangsa dan China satu mangsa," katanya.

Beliau berkata statistik itu adalah sebahagian laporan yang dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran yang dipengerusikannya pada Khamis.

Beliau berkata tangkapan dibuat menerusi aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Jabatan Tenaga Kerja. Tangkapan paling tinggi direkodkan terhadap warga Malaysia iaitu 55 individu diikuti Myanmar (5), Indonesia (4), China (2) dan Thailand serta India (masing-masing 1).

Berdasarkan statistik 53 kes itu, tafsiran Seksyen 2 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (ATIP) meletakkan 24 daripadanya sebagai jenayah eskploitasi seks, 19 (perkhidmatan paksa), tujuh kes penjualan bayi dan tiga adalah kesalahan eskploitasi visa di bawah Akta Imigresen 1963. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan