Siasatan Awal Dapati Kebocoran Saluran Gas Restoran Punca Letupan Di Empire Gallery

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, siasatan awal Jabatan Bomba dan Penyelamat mendapati letupan di Empire Gallery, Subang, dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas sebuah restoran di aras bawah pusat membeli-belah itu.

"Laporan awal pihak bomba juga mengesahkan semua aspek keselamatan yang melibatkan kebombaan berfungsi dengan baik," katanya pada sidang media di tempat kejadian dekat sini, Khamis.

Chor berkata, mungkin kebocoran telah lama berlaku dan bila berlaku percikan api, ia telah menyebabkan letupan.

Beliau berkata, saluran gas berpusat di semua bangunan di Malaysia terletak di bawah kawal selia Suruhanjaya Tenaga dan pihak suruhanjaya mengesahkan saluran gas berpusat di pusat membeli-belah itu dipasang oleh pihak pakar.

Mengikut undang-undang di Malaysia setiap bangunan yang dipasang dengan saluran gas berpusat perlu menghantar laporan untuk diaudit setiap dua tahun, katanya.

"Namun agak malang bagi Empire Gallery kerana baru hanya beroperasi selama satu tahun setengah, kebocoran yang mengakibatkan letupan pula berlaku," katanya.

Chor berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Suruhanjaya Tenaga masih terus melakukan pemeriksaan intensif untuk memastikan kawasan berkenaan selamat sebelum orang awam dibenarkan masuk.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, operasi menyelamat ditamatkan malam tadi.

"Operasi menyelamat telah ditamatkan namun pihak bomba masih melakukan pemantauan seperti memberi bantuan kepada pihak polis dan anggota (bomba) akan terus diletakkan 24 jam di sekitar kawasan selagi bangunan tidak diserahkan kembali sepenuhnya kepada tuan punya bangunan," katanya.

Beliau berkata, pemantauan pihak bomba mendapati tiada gas dikesan kerana pihak pengurusan bangunan telah menutup saluran utama.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati beberapa pemilik kedai mengambil barang-barang dari kedai masing-masing untuk dipindahkan ke tempat lain.

Pengurus Restoran Chili Grill and Bar, Markhalim Khalid berkata, dia dibenarkan masuk ke kedai untuk mengambil dokumen-dokumen penting syarikat.

"Selagi restoran tidak dapat dibuka pekerja-pekerja akan dipindahkan untuk bertugas di cawangan lain," katanya.

Pada kejadian yang berlaku awal pagi Rabu itu, empat orang cedera akibat letupan berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan