Raja Puan Muda Perlis Dilantik Canselor AUCMS

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil dilantik sebagai Canselor Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) berkuatkuasa pada Rabu.

Majlis penyerahan watikah pelantikan kepada baginda berlangsung di Istana Arau di sini malam tadi dengan turut disaksikan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Presiden AUCMS Datuk Dr Zainuddin Wazir ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pelantikan Raja Puan Muda Perlis sebagai Canselor yang pertama kolej universiti itu adalah sebagai mengiktiraf sumbangan baginda terhadap perkembangan pembangunan universiti itu yang diwujudkan hampir sedekad lalu.

"Pelantikan itu tidak mempunyai tempoh masa dan ia amat bersejarah bagi AUCMS yang kini mempunyai kira-kira 3,000 pelajar," katanya.

Sempena pelantikan itu, Zainuddin berkata AUCMS memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta sebagai biasiswa, separa biasiswa dan pinjaman kepada para pelajar kolej universiti itu yang kampus utamanya terletak di Pulau Pinang.

"Para pelajar yang terpilih menyertai AUCMS boleh memohon kemudahan itu mulai sekarang termasuk para pelajar yang bakal memulakan program doktor perubatan bermula bulan depan," katanya.

Sebanyak 150 pelajar akan memulakan program sulung yang memakan masa lima tahun itu yang akan diperkenalkan mulai Oktober dan lebih ramai lagi dijangka akan berbuat demikian berikutan kemudahan yang ditawarkan.

Katanya AUCMS juga akan terus menjalin kerjasama dengan institusi pengajian tinggi perubatan di luar negara selain mengembangkan kegiatannya di dalam negara.

Menurutnya AUCMS juga telah melebarkan sayap kegiatannya di Perlis dan akan mula beroperasi di sebuah bangunan di Jalan Kangar-Alor Setar akhir tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Rabu, 19 Julai 2017 7:00 AM

Shah Rukh Khan Kongsi Tips Mengurat Gadis!

Kolumnis

iklan

Iklan