Presiden Vietnam Lawat Menara Berkembar Petronas - Berita Semasa | mStar

Presiden Vietnam Lawat Menara Berkembar Petronas

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Vietnam, Truong Tan Sang yang sedang melakukan kunjungan tiga hari ke Malaysia, melawat Menara Berkembar Petronas di sini, Khamis.

Beliau yang ditemani isteri Mai Thi Hanh tiba-tiba kira-kira 10 pagi dan disambut oleh Naib Presiden Petronas, Datuk Abdullah Karim.

Yang turut mengiringi Sang ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Duta Vietnam ke Malaysia, Nguyen Hong Thao.

Sang kemudiannya dibawa ke jambatan udara di tingakat 42 sebelum diraikan di Kelab Petroleum Malaysia di mana beliau turut menandatangani buku pelawat.

Dalam kunjungan selama 45 minit itu, Sang menerima cek olok-olok bernilai 50,000 dolar Amerika daripada Abdullah bagi pihak Petronas sebagai sumbangan kepada Persatuan Vietnam untuk Ejen Orange (VAVA).

Presiden Vietnam itu yang tiba semalam turut dijadual menghadiri forum perniagaan dan bertemu ahli-ahli perniagaan hari ini. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan