Pembangkang Tak Sepakat Isu Hudud - Liow

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kegagalan pakatan pembangkang untuk mencapai kata sepakat berhubung pelaksanaan hukum hudud selepas mesyuarat tiga jam semalam, membuktikan PAS, PKR dan DAP merupakan parti yang tidak mempunyai konsep pentadbiran negara yang jelas.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Timbalan Presiden MCA berkata pakatan pembangkang hanya 'berjalan bersama' untuk merampas kuasa tetapi tidak mempedulikan sebarang perkara yang akan berlaku selepas ini.

Katanya kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pakatan pembangkang menghormati pendirian PAS dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya, jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai pendirian yang tegas.

"Anwar juga sudah banyak kali cakap berulang-alik. Pada mulanya sokong hudud, sekarang terbalik. Ini adalah pendirian Anwar yang tidak jelas dan sudah mengaburkan orang ramai," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Liow mencabar DAP supaya keluar daripada pakatan pembangkang memandangkan parti itu tidak bersetuju dengan cadangan Pas untuk melaksanakan hudud.

"Mereka kata tidak setuju tetapi masih bersama pakatan pembangkang. Jadi kita cabar DAP supaya tinggalkan pakatan pembangkang kerana sudah jelas mereka tidak sepakat," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan