Muhyiddin Saran SAR Sertai Sekolah Bantuan Kerajaan

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan agar Sekolah Agama Rakyat (SAR) khususnya di Johor menyertai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah Kementerian Pelajaran bagi membolehkan mereka menikmati peruntukan dan bantuan Kerajaan Pusat.

Timbalan Perdana Menteri berkata, di samping itu guru-guru SAR akan mendapat tawaran skim gaji yang lebih baik.

"Saya percaya kita perlu bincang sedikit masa lagi, kalau dapat dipersetujui ke Bawah Duli Tuanku (Sultan Johor) sebagai ketua agama.

"Pihak kerajaan pusat akan menyediakan peruntukan yang sesuai untuk meningkatkan tahap pendidikan sekolah agama mengikut skim gaji sama dengan sekolah kebangsaan di bawah Kementerian Pelajaran," katanya.

Beliau berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke 100 SABK Madrashah Al-Attas Arabiah Johor di Ulu Tiram di sini.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, perbincangan di peringkat kerajaan negeri dan pusat telah dibuat untuk menyerapkan SAR ke dalam SABK.

Katanya, kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri itu penting ke arah membangunkan sistem pendidikan agama di kalangan pelajar, di samping menjamin masyarakat Islam terbimbing untuk pengetahuan masa depan.

Mengenai SABK Madrashah Al-Attas Arabiah, Muhyiddin berkata sekolah tersebut merupakan sekolah agama rakyat yang pertama di Johor menandatangani perjanjian persefahaman dengan Kementerian Pelajaran untuk berdaftar di bawah SABK.

Jelas beliau, sekolah berkenaan telah menikmati pelbagai bantuan yang disalurkan kementerian sama seperti sekolah-sekolah harian yang lain merangkumi keperluan guru-guru terlatih, kemudahan pembelajaran, buku teks dan biasiswa.

Bersempena sambutan 100 tahun penubuhan madrasah itu, beliau bersetuju meluluskan peruntukan sebanyak RM270,000 bagi membantu penambahbaikan prasarana sekolah tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan