MAS Menang Penerbangan Paling Utama Asia - Berita Semasa | mStar

MAS Menang Penerbangan Paling Utama Asia

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Malaysia Airlines (MAS) memenangi Anugerah Pengembaraan Dunia untuk penerbangan paling utama Asia untuk tiga tahun berturut-turut di sini malam Rabu.

Ia memenangi anugerah itu dalam kategori Dewan Penerbangan Paling Utama Asia untuk Golden Loungenya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengarah Urusan MAS Ahmad Jauhari Yahya menerima kedua-dua anugerah itu daripada Pengasas dan Presiden Anugerah Pengembaran Dunia Graham Cooke di majlis rantau Anugerah Pengembaraan Dunia untuk Asia dan Australasia di sini.

MAS memenangi Penerbangan Paling Utama Asia pada 2009 dan 2010.

"MAS mengatasi persaingan hebat daripada Cathay Pacific, Singapore Airlines, Japan Airlines, Thai Airways dan Air China untuk memperoleh Penerbangan Paling Utama Asia," menurut kenyataan Anugerah Pengembaraan Dunia.

Pencalonan anugerah itu diputuskan oleh satu panel bebas pakar-pakar industri tersebut dan kriteria mengambil kira aspek pencapaian keseluruhan, perkembangan produk, inovasi, kreativiti dan kepuasan pelanggan. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan