Hudud: Anwar Takut Nyatakan Pendirian - Shafie

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim takut menunjukkan pendirian sebenarnya berhubung isu pelaksanaan hudud, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mengulas kenyataan Anwar bahawa pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas yang mahu melaksanakan hukum itu tetapi pada masa sama menerima pendirian DAP yang menentangnya, beliau berkata ini menunjukkan kegagalan Anwar dalam memperjuangkan agama Islam.

"Jelas sekali bila sahaja diugut oleh kepimpinan DAP, mereka sudah takut, tunduk dan terus tutup mulut," katanya.

Shafie yang juga Naib Presiden Umno berakta jika dengan tekanan yang sedikit seperti itupun Anwar tidak dapat membela kepentingan agama Islam, apatah lagi untuk membela nasib rakyat dan negara.

Beliau berkata kenyataan Anwar itu bukanlah sesuatu yang luar biasa dan memang sudah dijangkakan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan