Dasar Gaji Minimum Akan Dilaksanakan Sebelum Hujung Tahun Ini

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan berharap dasar gaji minimum akan dapat dilaksanakan sebelum penghujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Subramaniam.

Beliau berkata Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang baru dibentuk diharap dapat mengemukakan cadangan gaji minimum yang sesuai dalam tempoh sebulan hingga dua bulan akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan surat pelantikan kepada 25 ahli jawatankuasa MPGN, Subramaniam berkata jawatankuasa teknikal yang dibentuk sedang menjalankan kajian menyeluruh mengenai gaji yang ditawarkan kepada pekerja di seluruh negara.

"MPGN mempunyai semua maklumat mengenainya. Mereka tidak perlu mula dari awal. Mereka hanya perlu membuat keputusan yang berdasarkan maklumat yang diberikan bermula hari ini,” katanya.

Jelasnya, jawatankuasa berkenaan sudah pun mempunyai angka yang sesuai untuk dicadangkan sebagai gaji minimum bagaimanapun mereka perlu melihat kepada semua perspektif sebelum membuat apa-apa keputusan.

Rang Undang-Undang Perundingan Gaji Negara telah diwartakan di Parlimen pada 15 September dan berkuat kuasa pada 23 September.

MPGN berfungsi sebagai sebuah badan bebas bagi mengkaji dan menetapkan gaji minimum berteraskan prinsip tripartisme antara pihak kerajaan, pekerja dan majikan.

Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik sebagai Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dilantik sebagai Pengerusi MPGN sementara bekas Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Dr Syed Mohamad Syed Abdul Kadir dilantik sebagai Timbalannya.

Majlis berkenaan dianggotai oleh lima wakil dari sektor awam, enam wakil pekerja, enam wakil majikan dan lima wakil lain.

Berhubung cadangan untuk meningkatkan umur persaraan bagi sektor swasta, Dr Subramanim berkata perkara tersebut masih dalam perbincangan ketika ini.

“Mengikut prinsipnya, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) , pekerja dan kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan usia persaraan sektor swasta namun angka sebenar mengenai usia tersebut masih belum diputuskan,” katanya.

Beliau berkata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) telah memberi pandangan mereka dan kementerian sedang melihat mengenainya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan