Bilangan Pelajar PhD UPM Meningkat 50% Tahun Ini , Lalui Proses Saringan Yang Ketat

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Bilangan pelajar tempatan yang melanjutkan pengajian dalam program Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Putra Malaysia (UPM) meningkat sebanyak 51 peratus iaitu daripada 196 pelajar pada 2010 kepada 297 pelajar tahun ini.

Naib Canselor UPM, Datuk Ir Dr Radin Umar Radin Sohadi berkata, peningkatan secara mendadak itu berupaya mewujudkan keseimbangan di antara pelajar tempatan dan luar negara seiring dengan pelan Kementerian Pengajian Tinggi untuk melahirkan seramai 13,000 graduan pasca siswazah menjelang 2013.

"Oleh itu akan berlaku penurunan dari segi pengambilan pelajar pra siswazah bagi memberi laluan kepada pelajar dalam program Sarjana dan PhD," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Menurut beliau, KPT menetapkan penurunan dalam bilangan pelajar pra siswazah kerana kewujudan banyak universiti baru di negara ini dan UPM diminta untuk memberi fokus kepada program berkaitan penyelidikan bersesuaian dengan statuskan sebagai universiti penyelidikan.

"Saya yakin UPM berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran bilangan pelajar pasca siswazah dalam tempoh dua tahun lagi memandangkan jumlah keseluruhan pelajar dalam program itu menunjukkan kenaikan sebanyak 27 peratus," katanya.

Radin Umar berkata, UPM merupakan universiti penyelidikan yang mengeluarkan graduan PhD tertinggi iaitu kira-kira 351 orang pada tahun ini.

Sehubungan itu, beliau yakin dengan tahap kualiti graduan yang dilahirkan universiti tersebut, hasil sistem pendidikan dan pentadbiran baik yang diamalkan UPM.

"Saya tidak bimbang dengan kualiti graduan kami. Kalau tiada kualiti, pelajar tidak akan dapat PhD, itu hakikatnya bagi program pengajian ini," jelasnya.

Beliau berkata, UPM mewajibkan pemeriksa dan penyelia tesis terdiri daripada dua individu berbeza bagi menjamin kualiti dan ketulenan penyelidikan yang dijalankan.

"Setiap tesis perlu dipantau pemeriksa pakar dari dalam mahupun luar negara. Pemeriksa pakar itu pula akan melalui proses jawatankuasa senat untuk menjamin kredibiliti mereka," katanya.

Jelas beliau, bilangan graduan pasca siswazah yang dilahirkan seharusnya berupaya memenuhi kehendak pasaran sekiranya Malaysia ingin beralih dari industri pembuatan kepada industri penyelidikan.

"Ia faktor kejayaan paling utama jika anda ingin keluar dari zon golongan berpendapatan sederhana," katanya.

Beliau berkata, kajian yang dilakukan KPT menunjukkan Malaysia memerlukan kira-kira 60,000 graduan PhD tetapi UPM hanya mengeluarkan 12,000 graduan setakat ini.

"Jurang itu sangat jauh. Oleh itu, kita memerlukan pertolongan dan sumbangan sesiapa saja untuk mencapai sasaran tersebut," katanya.

Sementara itu, Radin Umar berkata UPM akan mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-35 pada 15 hingga 19 Oktober depan bertempat di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Kali ini, seramai 7,282 graduan pelbagai program akan menerima ijazah dan diploma masing-masing yang terdiri daripada penerima PhD (351), Sarjana (1,791), Sarjana Muda (4,742) dan Diploma (398).

Sebanyak tujuh anugerah turut dikurniakan kepada pemenang yang dinilai berdasarkan pencapaian akademik dan penglibatan ko-kurikulum.

Antaranya, Pingat Emas Canselor yang dimenangi pelajar program Doktor Perubatan Veterinar, Ng Kit Lin dan Anugerah Pelajaran Diraja kategori bumiputera yang menjadi milik Elmy Talip dari jurusan Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian).

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan