Akta Persaraan Swasta Dibentang Di Dewan Rakyat Bulan Depan - Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 29 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEGAMAT: Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata kementeriannya akan membentangkan Akta Persaraan Swasta pada sesi sidang Dewan Rakyat bulan depan untuk mendapat kelulusan.

Katanya akta tersebut perlu mendapat kelulusan Parlimen sebelum kerajaan bersetuju dengan sebarang tuntutan menetapkan had umur pekerja di sektor swasta.

Beliau bercakap kepada kepada pemberita ketika mengiringi lawatan kerja Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor melawat tapak projek menaik taraf jalan Segamat-Tangkak-Muar di sini, Khamis.

"Sudah ada permintaan supaya umur persaraan antara perkhidmatan awam diselaraskan dengan swasta. Jadi kita akan menggubal Akta Persaraan Swasta dan membentangkannya pada sidang Parlimen secepat-cepatnya bulan depan," katanya yang juga Anggota Parlimen Segamat.

Katanya beberapa kesatuan sekerja seperti Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mencadangkan agar had umur persaraan swasta dinaikkan kepada 60 tahun daripada 55 tahun yang ada sekarang.

Mengenai pelaksanaan projek menaik taraf jalan Segamat-Tangkak-Muar kepada empat lorong yang akan bermula November depan, beliau yakin projek tersebut akan dapat menarik pelabur-pelabur dari luar datang melabur ke daerah itu apabila ia siap kelak.

"Ia akan menjadikan Segamat setanding dengan daerah-daerah lain yang kedudukannya lebih hampir dengan laluan Lebuh Raya Utara Selatan," tambahnya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan