Ucapan Kontroversi Mat Sabu Cetus Lonjakan Minat Terhadap Sejarah

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Profesor Datuk Mohamad Abu Bakar mengakui ucapan kontroversi Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung isu Mat Indera menyebabkan minat orang ramai terhadap sejarah semakin melonjak.

Menurut beliau, fenomena itu selari dengan tuntutan globalisasi dan desakan pelbagai pihak supaya pentafsiran baru diambil kira dalam penulisan sejarah.

"Baru-baru ini saya bersama dengan Mohamad Sabu dalam satu forum di Kota Baru, puluhan ribu orang hadir. Malah forum di Jabatan Sejarah, ratusan yang hadir," katanya dalam Wacana Sinar Harian di sini, Selasa.

Berdasarkan sambutan menggalakkan itu, beliau mendapati berlaku lonjakan terhadap minat orang ramai bagi merungkai persoalan sejarah kemerdekaan tanah air yang dibangkitkan sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, beliau menolak fenomena apabila fakta dan tafsiran sejarah ditentukan oleh ahli politik.

"Kalau politik saja (tentukan), bukan sahaja bila tukar kerajaan, tukar menteri pelajaran sahaja sudah tukar (tafsiran sejarah)," katanya.

Jelas beliau, sejarah negara turut memerlukan penggilapan semula atau penggalian baru yang merupakan sebahagian daripada proses peradaban dunia yang sihat.

"Sesuatu liberalisasi, selari dengan polemik dan kontroversi amat sihat. Kalau tidak ditumpu bertubi-tubi, cerita ini akan tenggelam. Jadi kita perlu sampaikan mesej seluas-luasnya untuk tingkatkan mutu intelektual peradaban," katanya.

Sementara itu, Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menegaskan bahawa sejarah ditulis berdasarkan dokumen dan rekod sedia ada.

"Meskipun terdapat pelabagai tafsiran yang dibuat, terdapat "fakta keras' yang tidak dapat diubah, antaranya fakta bahawa Tunku Abdul Rahman bersama pemimpin MCA dan MIC terlibat dalam perundingan menuntut kemerdekaan. Fakta itu kita tidak boleh ubah," katanya.

Bagaimanapun, Dr Ramlah turut mengiktiraf sumbangan golongan kiri dalam menuntut kemerdekaan tetapi menyifatkan ia tidak sehebat sumbangan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

"Kita tidak nafi Burhanuddin Helmy sebagai pejuang kemerdekaan. Ahmad Boestamam, Za'ba, Ibrahim Yaacob... Kita tidak pernah nafi," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan