Tujuh Penerbangan Haji Dari Kuala Terengganu Tahun Ini - Berita Semasa | mStar

Tujuh Penerbangan Haji Dari Kuala Terengganu Tahun Ini

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERNGGANU: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) akan membuat tujuh penerbangan haji terus ke Jeddah dan Madinah dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini tahun ini.

Pengarah Tabung Haji negeri Terengganu, Mohammad Mokhzani Mukhtar berkata setiap penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz di Jeddah dan ke Lapangan Terbang Putera Mohamad Madinah al-Munawarah, Madinah itu akan melibatkan seramai 447 penumpang.

"Ini tahun keempat Tabung Haji dengan kerjasama MAS menyediakan penerbangan terus ke Jeddah," katanya pada sidang media selepas majlis taklimat pelepasan penerbangan haji kepada agensi-agensi kerajaan terlibat sebagai penyelaras rombongan jemaah haji, di sini, Rabu.

MAS dan Tabung Haji menjalin kerjasama dalam urusan pemergian jemaah haji Malaysia ke tanah suci bermula sejak tahun 1974.

"Jemaah haji terutamanya dari Kelantan dan Pahang diingatkan merancang perjalanan mereka supaya tiba awal di LTSM pada pukul 7.30 pagi kerana setiap penerbangan akan berlepas pukul 11.35 pagi," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan