Rumah Rosak Akibat Ribut Akan Dibaiki Segera:MB Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengarahkan semua rumah yang rosak akibat kejadian ribut malam tadi dibaiki segera.

Katanya arahan itu telah dikeluarkan kepada semua wakil rakyat di kawasan terbabit.

"Saya mendapat laporan bahawa di Kampung Seberang Takir di sini, kira-kira 100 buah rumah rosak teruk selepas bumbung-bumbung rumah berkenaan diterbangkan ribut," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, di sini, Rabu.

Ahmad berkata antara daerah yang teruk terjejas akibat kejadian ribut yang melanda kira-kira 8.45 malam itu ialah Kuala Terengganu, Besut dan Dungun.

"Jumlah kerugian belum diketahui dan kerajaan negeri masih menunggu laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar bandar raya ini mendapati kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat giat membersihkan jalan raya termasuk mengalihkan tiang lampu yang tumbang akibat kejadian ribut tersebut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan