Persaraan Dan Pewujudan Kerja Baru Perlu Seimbang

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlunya ada keseimbangan antara mengekalkan tenaga kerja yang bersara dan mewujudkan pekerjaan baharu bagi memastikan ketersediaan pekerjaan untuk golongan muda, kata timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz, Rabu.

Sementara terdapatnya saranan untuk menaikkan umur persaraan kepada 60, pekerjaan baharu juga mesti diwujudkan untuk ratusan ribuan golongan muda yang memasuki pasaran pekerjaan setiap tahun, kata beliau.

"Jelas sekali, menaikkan usia persaraan akan mempunyai kesan kepada ketersediaan pekerjaan untuk golongan muda," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri taklimat media mengenai Bioven Sdn Bhd, Rabu.

Mukhriz berkata faktor-faktor oti seharusnya diambilkira bagi membolehkan graduan lebih terjamin yang pendidikan yang mereka terima akan menyediakan mereka dengan pekerjaan yang bergaji lebih baik.

Mukhriz berkata demikian sebagai mengulas saranan daripada pelbagai pihak termasuk Persekutuan Majikan-majikan Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja melanjutkan usia persaraan minimum kepada 60.

Timbalan menteri itu berkata cara lain untuk mengekalkan pekerjaan bagi golongan muda ialah menggalakkan mereka dan tenaga kerja yang akan bersara menjalankan perniagaan.

Dengan cara ini, pesara boleh mengekalkan pendapatan mereka selepas bersara dan golongan muda boleh memasuki pasaran kerja dengan lebih tenang, tambah beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan