Penjenamaan Semula MBSA Dilancar Bulan Depan

Diterbitkan: Rabu, 28 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan dijenamakan semula sempena sambutan ulang tahun ke-11 bandar raya Shah Alam sepanjang Oktober ini.

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkata penjenamaan semula itu merangkumi visi dan misi serta objektif MBSA yang akan diperbaharui sejajar dengan peredaran masa dan keperluan pada masa kini.

"Sebagai contoh kita mahu Shah Alam mesra alam dan hijau supaya menjadi bandar raya sihat, selamat dan mampan untuk diwarisi oleh generasi akan datang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat penuh bulanan MBSA, di sini, Rabu.

Penjenamaan semula itu juga katanya, bagi memastikan pihak berkuasa tempatan tersebut terus mampan dan memenuhi keperluan generasi semasa serta akan datang dalam memberikan perkhidmatannya bersesuaian dengan status bandar raya yang dicapai pada 10 Okt 2000.

Sempena sambutan ulang tahun kali ini yang bertemakan "Shah Alam Bandar Rayaku", sebanyak 13 acara telah diatur termasuk pelancaran penjenamaan semula itu.

Antara program sepanjang sambutan dari 1 hingga 29 Okt itu ialah perlawanan bola sepak, gotong-royong perdana, bacaan yassin dan doa selamat, persembahan muzika Shah Alam dan pelancaran kenderaan komuniti MBSA.

Selain itu MBSA juga menawarkan 15 unit iPad sebagai cabutan bertuah sempena kempen program bayar dan menang MBSA. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan